Wednesday, September 17, 2008

SOS IKAN BAKAR

1 kg ikan (ikan on ur own choice la, yang pasti ikan segar dan murah)
20 biji lada kering
3 sudu Chili boh
5-10 biji lada burung(Depend la, kalau nak pedas pandai2 la ...)
10 biji bawang merah
1 bawang besar
4 biji bawang putih
1/2 in halia
5-7 batang serai
asam keping
asam jawa
belacan( saiznya pandai2 nak pasti tanya dinda long yg no 7)
gula dan garam secukup rasa
minyak menumis (banyak juga..sukat sendiri la)
Cara membuatnya:
Kesemua bahan tadi tolak ikan la, di blend lumat
TIP utama, semuanya blend asing2 dan di tapis terutama bawang dan serai (nak tau kenapa???air dia merosakkan resipi ikan bakar long)

Tumis semua sampai naik minyak...tak payah lama sangat, naik minyak terus boleh angkat.
Penting!!!!! Buat dinda long yg no 7, kalau nak guna belacan, terlebih dahulu semasa minyak panas, masukkan belacan yang dinda pasti sendiri banyaknya, goreng belacan tu sampai garing sebelum memasukan bahan-bahan yang lain...cuba la rasa kurang la sedikit pengunaan tisu walaupun dgn adanya belacan( jangan marah, di bulan mulia ini sama2 bermaafan)
Asam keping dimasukkan sekali cuma asam jawa itu biar di akhir ye, setelah di rasa.

Yang penting Jangan cair....... thats means masa blend bahan2nya masukkan sedikit air je.
Ini sosnya..process selanjutnya....pandai2 la.Bakar ikan tu, guna daun pisang yee......
Dah boleh buat semua kan terutama dinda yang no 6 tu, detail sangat dah rasa, jangan dok membazir credit ye........ view blog .......

Buat dinda2 semua, maaf gambar tak dapat di lampirkan...kena virus la....
Pengumuman:
Perlu apa2 bantuan resipi masage je, free tol.. BLOG LOVELY ME

No comments: