Monday, September 22, 2008

Kerabu Ikan


Jumaat lalu long ke Pengkalan Petah, kenal semuakan. Disitu terdapat ikan yang segar-segar. Dalam banyak2 ikan ternampak ikan tambang sisik, so apa lagi terus beli la, rm4 satu kilo, memang segar la. Long memang kalau terjumpa ikan ini yang segar2 pasti membelinya. Tau tak nak masak apa dengan ikan kecil yang bertulang ini......OOO sedap, LAWA la..tapi long bagi nama Kerabu ikan sebab ini untuk menarik pencubanya.

Ia dibuat dari ikan mentah, jadi sapa yang tahu tak nak mencubakan, tapi once dah rasa terangkat tau, pasti minta lagi, kalau buleh setelah mereka makan baru bagi tau yang ikan ini tak di masak...hehehe....(bahagian kacau orang memang no 1 la)

Masakan ini fovorite Arwah ayahnda tau, selalu bila buat ini long akan terkenangkan dio, mungkin dinda2 tak berapa ingatkan kenangan bersamanya nya, long tak lupakan itu semua, ALFatihah buat ayahanda semuga dicucuri rahmat dan berada bersama orang2 yang soleh. Amin)

Tapi long tau juga makanan ni menjadi kegemaran Ngah, betul tak ngah..cal cik ngoh tu biar dia tgk2 blog long dan buat utk suami tercintanya. Nak resipi ke???

1/2 kg ikan tamban sisik
daun2 ulam mengikut pilihan masing2
3-4 biji bawang merah
5-6 biji lada burung(pandai2 la nak pedas tambah lagi, lagi pedas lagi sedap..tapi awas, buasir!!!!)
sedikit belacan bagi pengemar2 belacan
garam , gula
2-3 biji asam limau nipis, ikut rasa
Kalau ada pauh muda(pauh ringan) lagi best
sedikit santan pekat.
cara membuatnya:
bawang dan lada burung belacan garam dan gula ditumbuk lumat, di gaul dengan ikan yang telah di cincang.
Masukan daun2 ulam gaul biar sebati
Masuk kan air asam limau nipis, rasa, n last masuk santan
rasa , pauh muda di hiris halus n nipis di tabur di atas.
Macam biasa tugas dinda yang no 7 tu......
pauh muda

No comments: