Wednesday, September 17, 2008

menu


Salam buat semua, lama kanda long tak update blog. Maaf ye dinda-dinda semua,apa2 pun lg terharu kerana mempunyai peminat yg ramai utk blog LOVELY ME...(perasan).

Hadiah ismewa buat peminat2 yang setia, dalam bulan puasa ni menu kami di kampong hanya simple je, selain dari tak cukup masa kami berjimat...most of the time, selang beberapa hari ni la menu kami...senang n simple.... tapi kanda long rasa ni mampu menitis airliur dinda2 long.
Guess what is it???
Daging Goreng Tok
nak tahu cara membuatnya????
1 kg daging
3 in halia (1/4 in. untuk di tumbuk,selebihnya dimayang)
5 biji lada kering
2 biji bawang besar
2 biji lada besar hijau
1 biji tomato
garam
gula
asam jawa
daun bawang
kunyit
cara2 membuatnya:
1-Daging di gaul dengan garam,gula,kunyit, lada kering yang telah di tumbuk lumat dan sedikit halia
2-Masukkan sedikit minyak dalam kuali, bila minyak betul2 panas masukkan daging yang telah di gaul dan di perap sekejap tadi.
Masukkan air sehingga tengelam daging, tudung dan biarkan air itu kering.
3-Setelah air hampir kering, masuk kan buah tomato yang dipotong 4.
4-Biarkan tomato hancur dan bila air daging telah kering masukkan minyak dan goreng.
5-Masukkan bawang besar, lada besar dan halia yang di mayang.Goreng sampai garing dan akhir sekali masuk daun bawang dan sedikit air asam jawa.
6- Angkat dan hasilnya seperti gambar dia atas.
Hmmm detail sekali.... BEST GILLER l

No comments: