Saturday, October 11, 2008

RAYA-RAYA







SYAWAL 2008


SYAWAL

Selamat hari raya Maaf Zahir Batin.......
Bila singgah blog2 dinda2 long , terasa berpuas hati, ye semua nnpk gembira, terutama untuk acara tahunan kite semua..
"BBQ 2008, sayang semua"
Tahun ini memang long puas hati, semuanya bekerja sama untuk menjayakan majlis itu. Kerja lebih sikit untuk long tak kisah, tapi semua involve...sayang semua adik2.
Untuk makluman semua kita akan teruskan acara ini untuk tahun2 akan datang.
Paling best utk KEZUTAN. Walaupun ada beberapa adengan yg tidak menjadi mcm dirancangkan tapi tetap berjaya dan dari sekarang long telah fikir kezutan utk tahun2 akan dtg.

Monday, September 22, 2008

PUASA OH PUASA 3

SINGGAH SAHUR


Puasa dah tinggal tak beberapa hari je lagi, cepat kan masa berlalu, yang dok jauh tu terutama Ngah, suka la tu. Dinda2 yang lain pun tau.. suka.Hari ni 22hb Sept. pertama kali bersahur bersama putri n putra long..tgk la.....long biasa bersahur dengan seMug gano cafe dan seMug Oats 3 in 1 je, tapi kalau puteri2 n putera2 singhah sahur makan la juga nasi......
Penerbit Singgah sahur kali ni bukan Aly Iskandar, tapi ........
(Tolong kami, bantu kami....anak2 ....sambung pls......)

Kerabu Ikan


Jumaat lalu long ke Pengkalan Petah, kenal semuakan. Disitu terdapat ikan yang segar-segar. Dalam banyak2 ikan ternampak ikan tambang sisik, so apa lagi terus beli la, rm4 satu kilo, memang segar la. Long memang kalau terjumpa ikan ini yang segar2 pasti membelinya. Tau tak nak masak apa dengan ikan kecil yang bertulang ini......OOO sedap, LAWA la..tapi long bagi nama Kerabu ikan sebab ini untuk menarik pencubanya.

Ia dibuat dari ikan mentah, jadi sapa yang tahu tak nak mencubakan, tapi once dah rasa terangkat tau, pasti minta lagi, kalau buleh setelah mereka makan baru bagi tau yang ikan ini tak di masak...hehehe....(bahagian kacau orang memang no 1 la)

Masakan ini fovorite Arwah ayahnda tau, selalu bila buat ini long akan terkenangkan dio, mungkin dinda2 tak berapa ingatkan kenangan bersamanya nya, long tak lupakan itu semua, ALFatihah buat ayahanda semuga dicucuri rahmat dan berada bersama orang2 yang soleh. Amin)

Tapi long tau juga makanan ni menjadi kegemaran Ngah, betul tak ngah..cal cik ngoh tu biar dia tgk2 blog long dan buat utk suami tercintanya. Nak resipi ke???

1/2 kg ikan tamban sisik
daun2 ulam mengikut pilihan masing2
3-4 biji bawang merah
5-6 biji lada burung(pandai2 la nak pedas tambah lagi, lagi pedas lagi sedap..tapi awas, buasir!!!!)
sedikit belacan bagi pengemar2 belacan
garam , gula
2-3 biji asam limau nipis, ikut rasa
Kalau ada pauh muda(pauh ringan) lagi best
sedikit santan pekat.
cara membuatnya:
bawang dan lada burung belacan garam dan gula ditumbuk lumat, di gaul dengan ikan yang telah di cincang.
Masukan daun2 ulam gaul biar sebati
Masuk kan air asam limau nipis, rasa, n last masuk santan
rasa , pauh muda di hiris halus n nipis di tabur di atas.
Macam biasa tugas dinda yang no 7 tu......
pauh muda

JANJI


Salam semua dinda2 long....Dibulan yang mulia ini memang banyak dugaan. Tapi apa2 pun tetap tabah menghadapinya, sesungguhnya yang baik datang dari yang Nya, dan yang tak baik tu dari long sendiri....Ce..ce...selepas 21 ramadhan ni tukar trend sikit...ok dinda2 semua. Apa2 pun janji tetap janji. Dalam apa2 kesusahan pun makan tetap makan, dan menu yang dijanjikan tetap menjadi.


Daging Masak Belacan

1kg daging, (macam biasa pandai pilih daging ye, sebab masakan ini menyebabkan daging lambat empuk)

10 biji lada kering

5 biji bawang merah

1 biji bawang besar

2 biji bawang putih

1 in halia

2 batang serai

1/2 nise

1 keping asam keping

Belacan semaunya

Kakah kasar yang 4 beradik tu.....(kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga hendi,bunga cenkih)

garam gula semaunya

Asam jawa (jika perlu)

Minyak untuk menumis tu biasa la, lebih sikit ye supaya cantik nampak bila dah masak, berminyak....)


cara-cara membuatnya

bawang putih, bawang merah, bawang besar halia di blend bersama lada kering

terlebih dahulu goreng belacan sehingga belacan hancur, kemudian masokan

kakah kasar tu, goreng sekejap kemudian masukan bahan yang telah diblend tu

Tumis sampai naik minyak, masukkan serai, serai di titik lerlebih dahulu dan di masukan daging,kacau rata2, masukkan air sehingga daging tenggelam, tutup danbiarkan dengan api yang pelahan.

Bila dah mendidih dan air tinggal separuh masukan nisan,gula dan garamkaau rata-rata dan tudung lagi dengan mengunakan apa yang sederhana besar.

Bila dah hampir kering air perlu ditambahkan lagi dan masukkan asam keping.

Rasa secukupnya kemudian tudung dan biarkan dengan api yang sederhana sehingga naik minyak dan pekat

Masukkan hirisan bawang besar dan lada besar balik2 kan .

So now, rasalah, tak masam tambah la air asam jawa sedikit.

Dinda yang no 7 tu, kerja dia sekarang, sambung la......

Thursday, September 18, 2008

SAYUR DAGING

MENU UNTUK HARI INI:
Dedicated to dinda2 long, ini favorite dinda lelaki bongsu, tapi dia tak pernah singgah blog long rasa-rasanya
Sawi hijau (kat sini RM 2.00)
Santan (kedai nawang RM1 dah cukup)
Daging, 1/4 kg dah banyak tu,(
nak sedap daging Pok soh, peminat bonda, tapi sekarang long ada peminat daging long sendiri, lagi best)
Bawang Merah 3 biji ni kalau yg besar, bawang sekarang besar2 la
Bawang Putih 2 juga, yg besar juga ye
Bawang besar 1/2 (di belah panjang)
Rempah kari adabi 1 bungkus(kari daging ye, cik joh tok sedak doh)
Tomato 1 biji kalau besar, kecik 2 juga
Garam gula secukup rasa

Caranya:-
1-daging jangan lupa basuh bersih2, siram dan selawat 3 x paling kurang
2-bawang putih, bawang merah di blend bersama dengan rempah kari daging adabi tadi.
3-Minyak jangan banyak sgt,tumis bahan2 yg diblend sampai garing.
4-Masukkan daging, biar mendidih masukkan buah tomato,dan garam serta gula pandai2 dinda yg no 5 la, dio suko gula
5-bila kering air daging, masukan sayur, balik2kan sayur dan bila sayur nnpk layu masukkan
santan.
6-Kacau sampai mendidih,

Ada apa2 masaalah, talian kecemasan 0139232374