Saturday, October 11, 2008

RAYA-RAYA







SYAWAL 2008


SYAWAL

Selamat hari raya Maaf Zahir Batin.......
Bila singgah blog2 dinda2 long , terasa berpuas hati, ye semua nnpk gembira, terutama untuk acara tahunan kite semua..
"BBQ 2008, sayang semua"
Tahun ini memang long puas hati, semuanya bekerja sama untuk menjayakan majlis itu. Kerja lebih sikit untuk long tak kisah, tapi semua involve...sayang semua adik2.
Untuk makluman semua kita akan teruskan acara ini untuk tahun2 akan datang.
Paling best utk KEZUTAN. Walaupun ada beberapa adengan yg tidak menjadi mcm dirancangkan tapi tetap berjaya dan dari sekarang long telah fikir kezutan utk tahun2 akan dtg.

Monday, September 22, 2008

PUASA OH PUASA 3

SINGGAH SAHUR


Puasa dah tinggal tak beberapa hari je lagi, cepat kan masa berlalu, yang dok jauh tu terutama Ngah, suka la tu. Dinda2 yang lain pun tau.. suka.Hari ni 22hb Sept. pertama kali bersahur bersama putri n putra long..tgk la.....long biasa bersahur dengan seMug gano cafe dan seMug Oats 3 in 1 je, tapi kalau puteri2 n putera2 singhah sahur makan la juga nasi......
Penerbit Singgah sahur kali ni bukan Aly Iskandar, tapi ........
(Tolong kami, bantu kami....anak2 ....sambung pls......)

Kerabu Ikan


Jumaat lalu long ke Pengkalan Petah, kenal semuakan. Disitu terdapat ikan yang segar-segar. Dalam banyak2 ikan ternampak ikan tambang sisik, so apa lagi terus beli la, rm4 satu kilo, memang segar la. Long memang kalau terjumpa ikan ini yang segar2 pasti membelinya. Tau tak nak masak apa dengan ikan kecil yang bertulang ini......OOO sedap, LAWA la..tapi long bagi nama Kerabu ikan sebab ini untuk menarik pencubanya.

Ia dibuat dari ikan mentah, jadi sapa yang tahu tak nak mencubakan, tapi once dah rasa terangkat tau, pasti minta lagi, kalau buleh setelah mereka makan baru bagi tau yang ikan ini tak di masak...hehehe....(bahagian kacau orang memang no 1 la)

Masakan ini fovorite Arwah ayahnda tau, selalu bila buat ini long akan terkenangkan dio, mungkin dinda2 tak berapa ingatkan kenangan bersamanya nya, long tak lupakan itu semua, ALFatihah buat ayahanda semuga dicucuri rahmat dan berada bersama orang2 yang soleh. Amin)

Tapi long tau juga makanan ni menjadi kegemaran Ngah, betul tak ngah..cal cik ngoh tu biar dia tgk2 blog long dan buat utk suami tercintanya. Nak resipi ke???

1/2 kg ikan tamban sisik
daun2 ulam mengikut pilihan masing2
3-4 biji bawang merah
5-6 biji lada burung(pandai2 la nak pedas tambah lagi, lagi pedas lagi sedap..tapi awas, buasir!!!!)
sedikit belacan bagi pengemar2 belacan
garam , gula
2-3 biji asam limau nipis, ikut rasa
Kalau ada pauh muda(pauh ringan) lagi best
sedikit santan pekat.
cara membuatnya:
bawang dan lada burung belacan garam dan gula ditumbuk lumat, di gaul dengan ikan yang telah di cincang.
Masukan daun2 ulam gaul biar sebati
Masuk kan air asam limau nipis, rasa, n last masuk santan
rasa , pauh muda di hiris halus n nipis di tabur di atas.
Macam biasa tugas dinda yang no 7 tu......
pauh muda

JANJI


Salam semua dinda2 long....Dibulan yang mulia ini memang banyak dugaan. Tapi apa2 pun tetap tabah menghadapinya, sesungguhnya yang baik datang dari yang Nya, dan yang tak baik tu dari long sendiri....Ce..ce...selepas 21 ramadhan ni tukar trend sikit...ok dinda2 semua. Apa2 pun janji tetap janji. Dalam apa2 kesusahan pun makan tetap makan, dan menu yang dijanjikan tetap menjadi.


Daging Masak Belacan

1kg daging, (macam biasa pandai pilih daging ye, sebab masakan ini menyebabkan daging lambat empuk)

10 biji lada kering

5 biji bawang merah

1 biji bawang besar

2 biji bawang putih

1 in halia

2 batang serai

1/2 nise

1 keping asam keping

Belacan semaunya

Kakah kasar yang 4 beradik tu.....(kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga hendi,bunga cenkih)

garam gula semaunya

Asam jawa (jika perlu)

Minyak untuk menumis tu biasa la, lebih sikit ye supaya cantik nampak bila dah masak, berminyak....)


cara-cara membuatnya

bawang putih, bawang merah, bawang besar halia di blend bersama lada kering

terlebih dahulu goreng belacan sehingga belacan hancur, kemudian masokan

kakah kasar tu, goreng sekejap kemudian masukan bahan yang telah diblend tu

Tumis sampai naik minyak, masukkan serai, serai di titik lerlebih dahulu dan di masukan daging,kacau rata2, masukkan air sehingga daging tenggelam, tutup danbiarkan dengan api yang pelahan.

Bila dah mendidih dan air tinggal separuh masukan nisan,gula dan garamkaau rata-rata dan tudung lagi dengan mengunakan apa yang sederhana besar.

Bila dah hampir kering air perlu ditambahkan lagi dan masukkan asam keping.

Rasa secukupnya kemudian tudung dan biarkan dengan api yang sederhana sehingga naik minyak dan pekat

Masukkan hirisan bawang besar dan lada besar balik2 kan .

So now, rasalah, tak masam tambah la air asam jawa sedikit.

Dinda yang no 7 tu, kerja dia sekarang, sambung la......

Thursday, September 18, 2008

SAYUR DAGING

MENU UNTUK HARI INI:
Dedicated to dinda2 long, ini favorite dinda lelaki bongsu, tapi dia tak pernah singgah blog long rasa-rasanya
Sawi hijau (kat sini RM 2.00)
Santan (kedai nawang RM1 dah cukup)
Daging, 1/4 kg dah banyak tu,(
nak sedap daging Pok soh, peminat bonda, tapi sekarang long ada peminat daging long sendiri, lagi best)
Bawang Merah 3 biji ni kalau yg besar, bawang sekarang besar2 la
Bawang Putih 2 juga, yg besar juga ye
Bawang besar 1/2 (di belah panjang)
Rempah kari adabi 1 bungkus(kari daging ye, cik joh tok sedak doh)
Tomato 1 biji kalau besar, kecik 2 juga
Garam gula secukup rasa

Caranya:-
1-daging jangan lupa basuh bersih2, siram dan selawat 3 x paling kurang
2-bawang putih, bawang merah di blend bersama dengan rempah kari daging adabi tadi.
3-Minyak jangan banyak sgt,tumis bahan2 yg diblend sampai garing.
4-Masukkan daging, biar mendidih masukkan buah tomato,dan garam serta gula pandai2 dinda yg no 5 la, dio suko gula
5-bila kering air daging, masukan sayur, balik2kan sayur dan bila sayur nnpk layu masukkan
santan.
6-Kacau sampai mendidih,

Ada apa2 masaalah, talian kecemasan 0139232374

PUASA OH PUASA 2





























PUASA OH PUASA

Wednesday, September 17, 2008

SOS IKAN BAKAR

1 kg ikan (ikan on ur own choice la, yang pasti ikan segar dan murah)
20 biji lada kering
3 sudu Chili boh
5-10 biji lada burung(Depend la, kalau nak pedas pandai2 la ...)
10 biji bawang merah
1 bawang besar
4 biji bawang putih
1/2 in halia
5-7 batang serai
asam keping
asam jawa
belacan( saiznya pandai2 nak pasti tanya dinda long yg no 7)
gula dan garam secukup rasa
minyak menumis (banyak juga..sukat sendiri la)
Cara membuatnya:
Kesemua bahan tadi tolak ikan la, di blend lumat
TIP utama, semuanya blend asing2 dan di tapis terutama bawang dan serai (nak tau kenapa???air dia merosakkan resipi ikan bakar long)

Tumis semua sampai naik minyak...tak payah lama sangat, naik minyak terus boleh angkat.
Penting!!!!! Buat dinda long yg no 7, kalau nak guna belacan, terlebih dahulu semasa minyak panas, masukkan belacan yang dinda pasti sendiri banyaknya, goreng belacan tu sampai garing sebelum memasukan bahan-bahan yang lain...cuba la rasa kurang la sedikit pengunaan tisu walaupun dgn adanya belacan( jangan marah, di bulan mulia ini sama2 bermaafan)
Asam keping dimasukkan sekali cuma asam jawa itu biar di akhir ye, setelah di rasa.

Yang penting Jangan cair....... thats means masa blend bahan2nya masukkan sedikit air je.
Ini sosnya..process selanjutnya....pandai2 la.Bakar ikan tu, guna daun pisang yee......
Dah boleh buat semua kan terutama dinda yang no 6 tu, detail sangat dah rasa, jangan dok membazir credit ye........ view blog .......

Buat dinda2 semua, maaf gambar tak dapat di lampirkan...kena virus la....
Pengumuman:
Perlu apa2 bantuan resipi masage je, free tol.. BLOG LOVELY ME

menu


Salam buat semua, lama kanda long tak update blog. Maaf ye dinda-dinda semua,apa2 pun lg terharu kerana mempunyai peminat yg ramai utk blog LOVELY ME...(perasan).

Hadiah ismewa buat peminat2 yang setia, dalam bulan puasa ni menu kami di kampong hanya simple je, selain dari tak cukup masa kami berjimat...most of the time, selang beberapa hari ni la menu kami...senang n simple.... tapi kanda long rasa ni mampu menitis airliur dinda2 long.
Guess what is it???
Daging Goreng Tok
nak tahu cara membuatnya????
1 kg daging
3 in halia (1/4 in. untuk di tumbuk,selebihnya dimayang)
5 biji lada kering
2 biji bawang besar
2 biji lada besar hijau
1 biji tomato
garam
gula
asam jawa
daun bawang
kunyit
cara2 membuatnya:
1-Daging di gaul dengan garam,gula,kunyit, lada kering yang telah di tumbuk lumat dan sedikit halia
2-Masukkan sedikit minyak dalam kuali, bila minyak betul2 panas masukkan daging yang telah di gaul dan di perap sekejap tadi.
Masukkan air sehingga tengelam daging, tudung dan biarkan air itu kering.
3-Setelah air hampir kering, masuk kan buah tomato yang dipotong 4.
4-Biarkan tomato hancur dan bila air daging telah kering masukkan minyak dan goreng.
5-Masukkan bawang besar, lada besar dan halia yang di mayang.Goreng sampai garing dan akhir sekali masuk daun bawang dan sedikit air asam jawa.
6- Angkat dan hasilnya seperti gambar dia atas.
Hmmm detail sekali.... BEST GILLER l

Thursday, September 4, 2008

RAMADHAN 2008


Memandangkan tugasan byk, mlm menyambut puasa kite cuma buat yg simple

Bersahur pula....adoi, menu wajib, tak kira berbuka atau pun bersahur, balance diet org putih kata, so dinda2 yg nak maintain mcm long di nasihatkan mengikuti long.Dinda semua yang penting bekas dia tu...pasti ramai yg terpikat, isinya hahahahahha dinda long yg ke 5 lagi expert

PUASA


Salam n SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat dinda Long semua Maaf la ye, lewat wish, sibuk la......Rutin harian n ada extra lagi, jadi baby sitter,hahahaha, ok juga lama tak buli budak2, so time ni la long mula buli budak2.......(sebelum kite buli dio, kite kena buli..wawawa...adoiiiiii sedia maklum) Hero cucunda Tok Mek.

Thursday, August 28, 2008

BiBi




Laman rumah telah update, dah siap membersih, tgk gambar lama runah terkini,,yang first dulu tu sebelum membersih now yg selepas membersih...ni mengoda dinda2 lg di perantauan ni...balik cepat ..dah nak RAYA!!!!!!


TGk Bonda Tok Mek n Geng dio sibuk membersih laman

BiBi


25hb Ogos, besday putri bongsu Long.Surprise dari Aunti Zan, kek BLUEBERRY, fovorite long tu.

Sunday, August 24, 2008

Menu










JALA EMAS DAN BUAH TANJUNG

juadah berbuka terfamous kat kelate, fovorite bonda tok mek, mahal la skrg, 1 pcs utk rm 1,buah tanjung pulak 7 biji utk rm 2.

Bahan2nya:

kuning telur dan gula ,telur kalau nak lebih sedap telur itik. (ni la menyebabkan harga nya mahal) advice utk yg ada diabetis,jangan dok ghairah nak mencuba, takut tak sempat raya, hahaha.... Tapi kalu terpingin sgt cuba sikit -sikit

kanda long



salam buat semua, terutama dinda2 lg yg setia n sabar menunggu blog ni..Maaf la, janji lepas cuti nak update, tapi cbuk la..


ni nak try la berjinak2 dengan blog ni.


dlm cuti cbuk memanjang, disamping cbuk ngan biz lg , kenduri memanjang sampai butang purse tercabut, (isi nya almuklum sendri la),cbuk kemas laman umah, prepartion utk raya, (puasa pun belum lagi)bukan rajin sgt, tapi terpaksa, bonda tok mek sedia maklum semua hahahahah.


hari ni sek dah bukak, adoiii, sibuk ngan anak bungsu pulak..ambil n hartar sek, lepas tu kena buat kerja sek dia pulak.

Thursday, August 21, 2008